Antara karya-karya beliau ialah :
Akidah Ahl al-Tawhid
Al-Sughra (Umm al-Barahin)
Mudah-mudahan tulisan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan pembaca dalam menambah dan mengukuhkan lagi keimanan kepada Allah serta mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dan sebagai satu ‘amal jariah’.
Perkaitan ini dipanggil sebagai sebab musabbab. (Sebab tidak memberi kesan kepada musabbab sama sekali kerana yang memberi kesan terhadap sesuatu ialah Allah Ta’ala).
Manakala hukum akal pula ialah menthabitkan suatu perkara kepada suatu perkara atau menafikannya tanpa terikat dengan ujian atau percubaan yang berkali-kali. Imam Sanusi membahagikan hukum akal kepada tiga iaitu wujub, istihalah dan jawaz. Manakala wajib, mustahil dan harus adalah sesuatu yang bersifat dengan hukum akal tersebut.
Pendapat yang sahih ialah pendapat kedua dan keempat, manakala pendapat yang lain adalah dha’if. Adapun pendapat yang menghukumkan kafir ke atas muqallid ialah pendapat Abi Hasyim daripada golongan Muktazilah.
Untuk melepaskan seseorang mukmin dari taqlid, memadailah dengan dia mengetahui dalil secara ijmal (dia faham untuk dirinya sendiri walaupun tidak mampu untuk menghuraikan dalil tersebut).
InshaAllah, sifat-sifat tersebut akan dihuraikan pada penulisan akan datang...sabor yer..
Itulah antara kelebihan yang dapat diperoleh daripada pengembaraan. Namun begitu, realiti sekarang memudahkan kita untuk melancong ke negara-negara lain bagi memerhati dan memikirkan apa yang terdapat di luar sana sebagai input kepada pemikiran dan keimanan kita serta membentuk jati diri yang lebih matang dan sempurna...
tapi mau jalan2 ongkosnya perlu banyak juga.. nanti silap2 tak leh balik kampung...huhu..
Antara guru-guru beliau ialah :
Ulama-ulama Makkah dan Madinah yang menjadi guru Syeikh Ahmad bukan bangsa Melayu, beliau juga belajar dengan ulama-ulama Melayu terutama yang berasal dari Patani dan Kelantan. Mereka ialah :
GELARAN-GELARAN YANG DIBERIKAN KEPADA SYEIKH AHMAD AL FATHANI.
Beberapa orang ulama telah menulis mengenai beliau dan menggambarkan bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani adalah ilmuan dan pemikir agung pada zamannya. Antara gelaran-gelaran yang ulama dan cerdik pandai berikan ialah :
1. Saiyid Bakri Syatha dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al Makki.
الشاب النجيب الفطن الأديب الشيخ أحمد الفطاني الملايو
Ulama-ulama ahli hadith Makkah menggelar beliau dengan,
العالم الكامل * الجامع لأنواع الفواضل و الفضائل * العلامة الأديب * الفهامة الأريب * مولانا و أستاذنا الشيخ أحمد بن محمد زين بن مصطفى الفطانى
Beberapa ulama Kelantan menggelar dengan,
قدوة العلمآء العاملين و عمدة أتقيآء الكاملين فخر الأعيان وبهجة الزمان وقرة عين الإخوان الغني بكماله الأطناب لما هواه من علو الجناب أستاذ العلامة و ملاذنا الفهامة وان أحمد بن المكرم الحاج وان محمد زين الفطاني
Dan banyak lagi gelaran-gelaran yang diberikan kepada beliau. Jika kita terjemahkan perkataan-perkataan Arab itu ke bahasa Melayu , maka erti perkataan-perkataan itu hampir-hampir ada persamaan. Akan tetapi jika kita merujuk kembali kepada kalimat ‘Arabiahnya dan ditinjau dari sudut ilmu balaghah dan ilmu badi’, maka pada hakikatnya mengandungi pengertian yang khusus. Perkataan-perkataan itu mengikut terjemahan makna lughat, ialah “yang Pandai”, “yang bijaksana”, “yang cerdas”, dan lain-lain yang sama erti dengan itu. Diantara perkataan-perkataan tersebut tidak saja bererti “yang pandai” malah boleh diterjemahkannya sebagai “sangat mahir”, “tajam fikiran”, “sangat cekap” dan lain-lain. Dalam konteks yang sama disebut juga dengan al-‘Alim ( العالم ), apabila terlalu ‘alim disebut pula dengan al ‘Alamah (العلامة ). Jadi kesimpulannya, ditinjau dari “kebijaksanaan”, “kemahiran ilmu”, dan “kefahaman” Syeikh Ahmad al-Fathani diakui oleh para ulama, bahawa beliau mempunyai kemampuan fikir yang luar biasa. Beliau juga digelar sebagai “al-Adib” yang bermakna “Ahli Sastera” atau “Sasterawan”.
Seorang ulama yang pernah mengajar di Madrasah Shaulatiyah, Makkah iaitu Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani dan Syeikhul Islam Selangor, menambah gelaran untuk Syeikh Ahmad al-Fathani seperti berikut :
العلامة المنحلى
Ertinya “yang tersangat alim kurnia Allah”
كلامه بقلائد العقيان
Ertinya “perkataannya ibarat kalung emas yang murni”
جامع البيان و المعاني
Ertinya “orang yang terhimpun padanya ilmu bayan dan ma’ani”
Ulama Kelantan pula mengungkap kehebatan beliau dengan perkataan-perkataan :
قدوة العلماء العاملين
Ertinya “ikutan para ulama yang beramal”
بهجة الزمان
Ertiya “perhiasan zaman”
Imam Kelantan, Imam Haji Wan Ishaq, menambah gelaran ketinggian itu seperti :
ماء المطر بل البحر الشافي
Ertinya “curahan hujan, laut yang mengubati”
الليث الفطاني
Ertinya “perkasa kebijaksanaan”
اللابس لباس التقوى والكرم والحلم
Ertinya “yang berpakaian akan taqwa, kemuliaan dan penyantun”
وهو السياسي
Ertinya “seorang ahli politik”
Seorang orientalis, Prof. C. Snouck Hurgronje, termasuk salah seorang pengkagum dan juga merupakan murid kepada Syeikh Ahmad al-Fathani menggelar Syeikh Ahmad al Fathani sebagai “a savant of merit” yang bermaksud “seorang sarjana ulung”.
Beliau juga digelar Sibawaih Shaghir semasa berumur 12 tahun.
Keluarga besar Patani menggelar beliau Tok Guru Wan Ngah, kerana apabila sedang mengajar, beliau “sangat marah” kepada murid-muridnya yang suka bertanya, atau bercakap atau berbuat bising. Sangat marah yang dimaksudkan dalam dialek patani disebut “perengoh” atau “pongoh”.
Masyarakat Islam di Kedah, Patani, Burma, Bangkok, dan Kemboja menggelar Syeikh Ahmad dengan Tuan Faridah kerana mereka pernah belajar dengan menggunakan kitab beliau yang terkenal iaitu Faridah al-Faraid. Orang Jawa pula menggelar beliau dengan Tuan Ngawamil atau Kiyai Ngawamil kerana kitab ‘Awamil al-Jurjani yang beliau syarah yang bertajuk Tashil Nailil Amani diajarkan di hampir semua pondok-pesantren di Jawa. Syeikh Ahmad digelar juga dengan Failosuf Melayu, demikian yang dinyatakan oleh Tuan Guru Haji Nik ‘Abdullah dalam karyanya Pati Faridah.