Hari ini terdapat pelbagai perkara berbentuk global yang dirancang untuk menghancurkan kesucian akidah agama Islam. Antara pergerakan yang telah lama aktif ialah yang dsiebut sebagai Islam liberal. Mereka yang membawa konsep Islam Liberal ini berusaha kononnya untuk memodenkan Islam mengikut acuan system nilai dan pemikiran barat. Mereka ini mengikut pergerakan puak Neo Muktazilah yang berkembang di Amerika Syarikat. Mereka ini membawa pemikiran sekular ke dalam agama Islam dan mempersoalkan hukum hakam dalam Islam dengan membawa konsep2 seperti “ hak asasi manusia” dan “women libration” dari barat, seolah-olah konsep ini setaraf dengan wahyu seperti mana yang diterima oleh Baginda s.a.w. pergerakan Islam liberal ini boleh menghancurkan system nilai dalam Islam serta boleh memburukkan lagi krisis moral dan keruntuhan akhlak lalu membawa kepada kehancuan system keluarga yang sekarang sedang melanda masyarakat Timur.
Susulan dari konsep Islam Liberal ini terdapat pula ajaran “Islam Insklusif” yang kini mendapat tempat di sebuah Negara yang berjiran dengan kita yang di dalangi oleh kumpulan yang bergelar ulama. Ajaran Islam Inskusif ini membenarkan perkongsian rumah ibadah; maka terdapatlah pelbagai bentuk pemujaan di dalam masjid yang digunakan bukan sahaja untuk solat, bahkan juga unutk upacara ibadah agama Hindu dan Kristian.

No comments:
Post a Comment