Thursday, December 10, 2009

Mengenali Imam Sanusi

BIODATA IMAM AL-SANUSI.

Nama beliau ialah Al-Imam Abi ‘Abdillah Muhammad bin Yusuf bin ‘Umar bin Syu’aib as-Sanusi al-Hasani al-Maliki. Beliau dilahirkan di Tilimsan pada 833 H/ 1429 M dan meninggal pada 18 Jamadil Akhir 894 H/ 9 Mei 1490 H. Beliau adalah ahli bait Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dari nasab Saidina Hassan. Beliau seorang yang warak dan zuhud. Karya-karya beliau banyak sehingga mencecah 45 buah karya. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan kitab ketika berumur 19 tahun.

Beliau telah menghasilkan sebuah kitab yang dianggap sebagai salah satu kitab yang muktabar disisi Ahli Sunnah, dimana beliau juga merupakan ulama’ Ahli Sunnah. Antara guru-guru beliau ialah bapanya, Syeikh Nasr al-Zawawi, Syeikh Mohd bin Tuzat, Syeikh Yusof bin Abi Abbas al-Hasani.

Beliau memang gemar bercakap-cakap tentang ilmu, lebih-lebih lagi ilmu Tauhid. Beliau tidak akan membaca sesuatu ilmu yang zahir (duniawi) melainkan beliau menghuraikan ilmu tersebut sehingga menjadi ilmu-ilmu akhirat. Ini kerana dalamnya penghayatan ilmu iktikad beliau dan dekatnya hubungan beliau kepada Allah Ta’ala. Beliau juga berperwatakan lemah lembut dan penyabar, walaupun beliau dihujani dengan kata-kata yang kasar beliau membalasnya dengan kata-kata yang indah sambil tersenyum.

Antara karya-karya beliau ialah :
Akidah Ahl al-Tawhid
Al-Sughra (Umm al-Barahin)

2 comments:

  1. terima kasih ats info ini.mohon copy yer sbagai maklumat utk asgmnt sy

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dengan Sifat 20 dari sisi Mazhab Aqidah Asy'ariyah, bukankah beliau pelopornya? Juga beliaukah yang membantah Fakhruddin ar-Razi berkaitan sifat² ALLAH Jalla wa Ála?

    ReplyDelete