Friday, December 4, 2009

Mengembara.....

Pengembaraan dan faedahnya.
Imam Fakhruddin al-Razi menyenaraikan beberapa faedah hasil dari pengembaraan yang dapat memberi impak dalam membentuk diri seseorang manusia menjadi lebih sempurna. Apabila seseorang itu mengembara, maka dia akan berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia dan dia akan mempelajari sesuatu darinya, antaranya:
  1. Apabila dia berhadapan dengan kemudharatan maka dia mesti bersabar
  2. Kadang-kadang bekalannya terputus maka hendaklah dia bertawakkal kepada Allah
  3. Kadang-kadang dia bertemu dengan ulama'-ulama' maka dia mengambil manfaat dengan menimba ilmu daripada mereka
  4. Kadang-kadang dia bertemu dengan golongan pembesar maka dia merendahkan diri dihadapan mereka
  5. Kadang-kadang dia peroleh sumbangan yang banyak maka dia memanfaatkannya
  6. Kadang-kadang dia melihat manusia berkelahi sesama mereka disebabkan apa yang Allah jadikan di muka bumi ini maka dia memperkuatkan lagi taqwa makrifatnya (ilmunya) mengenai Allah.

Itulah antara kelebihan yang dapat diperoleh daripada pengembaraan. Namun begitu, realiti sekarang memudahkan kita untuk melancong ke negara-negara lain bagi memerhati dan memikirkan apa yang terdapat di luar sana sebagai input kepada pemikiran dan keimanan kita serta membentuk jati diri yang lebih matang dan sempurna...

tapi mau jalan2 ongkosnya perlu banyak juga.. nanti silap2 tak leh balik kampung...huhu..

No comments:

Post a Comment